Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam laman web ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha yang dilakukan sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini Universiti.
Saya berharap laman web ini menjadi salah satu wadah atau pun platform untuk menghubungkan seluruh warga Universiti dan juga menjadi media penyalur maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengikuti dan melihat sendiri perkembangan aktiviti penyelidikan dan inovasi bermula daripada aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (Research, Development & Commercialization) hasil penyelidikan.
Sesungguhnya dengan adanya laman web ini, Universiti telah melangkah setapak kehadapan untuk terus bersaing dan berjuang bersama-sama dalam arus teknologi maklumat ini. Kepentingan laman ini tidak dapat disangkal kerana ia merupakan salah satu medium komunikasi masa kini. Sehubungan dengan itu, kewujudannya diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan warga Universiti khususnya untuk maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi. Bagi menjayakan dan menguruskan hal ehwal berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah ditubuhkan seiringan dengan Pusat Pengkomersilan.
Akhir kalam, saya mengalu-alukan kepada semua warga UTeM memberi sebarang maklumbalas kepada kami supaya laman web ini akan lebih interaktif dan berinformasi.
Sekian, wassalam
Terima kasih.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
PROF. IR. DR. GHAZALI BIN OMAR
3 Januari 2022
Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
Melaka, Malaysia
Tel: 06 270 1013
Fax: 06-331 6113
Emel: pejtncpi@utem.edu.my