# 06-2701013     # pejtncpi@utem.edu.my    

Pengenalan

Selamat Datang ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi Perintah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (Perbadanan 2001) yang diwartakan sebagai P.U (A) 124 pada 3 Mei 2001. Penubuhan ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2000. Dahulunya,nama  jawatan Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) digunakan selaras dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) sehinggalah KUTKM melalui proses penjenamaan semula nama dari KUTKM kepada UTeM pada 1 Februari 2007 sejajar dengan penjenamaan semula nama semua Kolej Universiti IPTA. Semenjak itu, nama jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah digunapakai sehingga kini.

Sepanjang tempoh tersebut, Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang dilantik adalah seperti berikut:

Nama Jawatan Tempoh Pelantikan
YBhg. Professor Dr. Hj. Azhari bin Saleh Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) 1 Februari 2001 – 31 Januari 2004
YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) 15 Oktober 2004-14 Oktober 2007
YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Februari 2007-14 Oktober 2007.
YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 15 Oktober 2007-31 Januari 2010
YBhg. Prof. Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 15 Januari 2010 – 14 Januari 2013
YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd. Jailani bin Mohd. Nor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Januari 2012 – 31 Disember 2014
YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd. Jailani bin Mohd. Nor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Januari 2015 – 30 Jun 2018
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abu bin Abdullah Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Julai 2018 – 14 November 2018
YBhg. Prof. Dr. Mohd. Zulkifilie bin Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 15 November 2018 – 30 September 2020
YBhg. Prof. Dr. Ghazali bin Omar Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Oktober 2020 – Sehingga Kini

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mempunyai satu organisasi bernaung di bawahnya yang diketuai oleh seorang Pengarah iaitu;

  1. Pusat Pengkomersilan (UCC)
  2. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM))
  3. Pusat  Pembuatan Termaju (AMC)

Ikuti Pejabat TNCPI


rangkaian mtun

hubungi kami

Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
Melaka, Malaysia
Tel: 06 270 1013
Fax: 06-331 6113
Emel: pejtncpi@utem.edu.my

Awan Tag

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

Pengunjung Kami

0 0 0 1 9 3
Views Today :
Views Yesterday : 14
Views Last 7 days : 81
Views Last 30 days : 342
Views This Month :
Views This Year : 1359
Total views : 4399261
Server Time : 2023-06-01

Tarikh akhir kemaskini:

Hakcipta ©Pejabat TNCPI. Hakcipta Terpelihara.