Soalan Lazim
Berikut adalah soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pengunjung laman web rasmi Pejabat TNCPI.
| soalan | jawapan |
|---|---|
1. Apakah kemudahan yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I)? | Kami mempunyai kemudahan yang selesa dan kondusif kepada seluruh warga UTeM. Kami menawarkan perkhidmatan tempahan bilik mesyuarat. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: |
2. Apakah yang dinamakan Rekacipta? | Rekacipta adalah idea yang baru dan berguna, produk, proses dan peranti atau peningkatan yang baharu dan berguna apabila salah satu yang akan membawa kepada penyelesaian sesuatu masalah tertentu dalam bidang teknologi. |
3. Apakah yang membuatkan rekacipta boleh dipatenkan? | Sesuatu rekacipta adalah berpotensi dipatenkan jika ia memenuhi semua tiga daripada yang berikut:
|
4. Adakah pendedahan rekacipta menyebabkan risiko bagi hak perlindungan paten? | Pendedahan awam seperti penerbitan, poster, ceramah, abstrak, bilik persidangan, dan sebagainya, yang dibuat sebelum memfailkan permohonan paten akan menyebabkan risiko atau menghapuskan kemungkinan mendapatkan perlindungan paten. Walaupun undang-undang paten membolehkan tempoh tangguh setahun antara pendedahan awam pertama rekacipta dan memfailkan permohonan paten, tetapi kebanyakan negara lain tidak. Di negara seperti ini, hak perlindungan paten hilang serta-merta apabila pendedahan telah dibuat. |
5. Apakah maksud TNCPI? | Penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) atau ringkasannya Pejabat TNCPI adalah selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi Perintah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (Perbadanan 2001) yang diwartakan sebagai P.U (A) 124 pada 3 Mei 2001. Penubuhan ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2000. Dahulunya, nama jawatan Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) digunakan selaras dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) sehinggalah KUTKM melalui proses penjenamaan semula nama dari KUTKM kepada UTeM pada 1 Februari 2007 sejajar dengan penjenamaan semula nama semua Kolej Universiti IPTA. Semenjak itu, nama jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah digunapakai sehingga kini. |
6. Di manakah Pejabat TNCPI beroperasi? | Pejabat TNCPI terletak di Aras 4, Bangunan Canselori, Kampus Induk di Durian Tunggal, Melaka, Malaysia. |
7. Apakah fungsi dan peranan utama Pejabat TNCPI? |
|
8. Waktu operasi Pejabat TNCPI? | Pejabat TNCPI beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. |
9. Berapakah pecahan bahagian di Pejabat TNCPI? | Pejabat TNCPI mempunyai 3 seksyen utama yang mengurus dan mentabir pentadbiran dan kewangan seperti berikut :
|
10. Berapakah pecahan pejabat yang bernaung di bawah Pejabat TNCPI? | Pejabat TNCPI mempunyai dua (2) Pusat Tanggungjawab (PTj) dan dua (2) Pihak Berkuasa Universiti (PBU) seperti berikut : Dua (2) Pusat Tanggungjawab (PTj) :
Dua (2) Pihak Berkuasa Universiti (PBU) :
|
11. Adakah Pejabat TNCPI mempunyai lama sosial media rasmi? | Pejabat TNCPI mempunyai laman sosial media rasmi bagi menyalurkan setiap aktiviti-aktiviti bergambar terkini mengikut arus teknologi masa kini. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini di lama sosial media rasmi Pejabat TNCPI. |
12. Apakah laman sosial media rasmi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)? |