Latar Belakang
Selamat Datang ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi Perintah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (Perbadanan 2001) yang diwartakan sebagai P.U (A) 124 pada 3 Mei 2001. Penubuhan ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2000. Dahulunya,nama jawatan Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) digunakan selaras dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) sehinggalah KUTKM melalui proses penjenamaan semula nama dari KUTKM kepada UTeM pada 1 Februari 2007 sejajar dengan penjenamaan semula nama semua Kolej Universiti IPTA. Semenjak itu, nama jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah digunapakai sehingga kini.
Sepanjang tempoh tersebut, Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang dilantik adalah seperti berikut:
| Nama | Jawatan | Tempoh Pelantikan |
| YBhg. Professor Dr. Hj. Azhari bin Saleh | Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) | 1 Februari 2001 – 31 Januari 2004 |
| YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah | Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) | 15 Oktober 2004-14 Oktober 2007 |
| YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah | Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 1 Februari 2007-14 Oktober 2007 |
| YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah | Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 15 Oktober 2007-31 Januari 2010 |
| YBhg. Profesor Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi | Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 15 Januari 2010 – 14 Januari 2013 |
| YBhg. Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd. Jailani bin Mohd. Nor | Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 1 Januari 2012 – 31 Disember 2014 |
| YBhg. Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd. Jailani bin Mohd. Nor | Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 1 Januari 2015 – 30 Jun 2018 |
| YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abu bin Abdullah | Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 1 Julai 2018 – 14 November 2018 |
| YBhg. Profesor Dr. Mohd. Zulkifilie bin Ibrahim | Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 15 November 2018 – 30 September 2020 |
| YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Ghazali bin Omar | Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) | 1 Oktober 2020 – 8 Januari 2025 |
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mempunyai dua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan dua Pihak Berkuasa Universiti (PBU) bernaung di bawahnya yang diketuai oleh seorang Pengarah bagi setiap pejabat iaitu;
- Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)
- Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE)
- Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar (SMTC)
- Penerbit Universiti