Skip to main content
06-2701013   [email protected]

Foto Program TNCPI 2025


Tarikh 8 Januari 2025 | Sejambak kasih sekalung budi kepada YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Ghazali Bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) atas persaraan beliau yang telah berkhidmat di UTeM hampir 10 tahun.. Atas pengalaman dan dedikasi beliau bersama industri hampir 23 tahun, banyak jasa dan bakti yang telah beliau curahkan kepada UTeM terutamanya dalam penyelidikan bersama industri.. Moga Allah permudahkan segala urusan dan memberikan kesihatan yang baik.. Terima kasih Prof. G..

Setinggi tahniah YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Sabri Mohamad Sharif menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuat kuasa mulai 9 Januari 2025 hingga urusan pelantikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM di muktamadkan.


Tarikh 6 Januari 2025 | Majlis Perasmian Kincir Air & UTeM e-ORV telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam; Yang Di-Pertua Negeri Melaka Selaku Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menampilkan 3 produk penyelidikan inovasi tersebut adalah UTeM Off-Road Vehicles (E-ORV) untuk tujuan pertanian, Dron Smart AI Surveillance Security System dan Kincir Air UTeM Pico Hydro untuk tenaga boleh diperbaharui, Energy Management Response System dan Sistem Amaran Kebakaran Api Pintar (SIAKAP)..

Foto Program TNCPI 2024


Tarikh 11 Disember 2024 | RICE telah berjaya menganjurkan Program UTeM Tech Pitch 2024 di Tenara Hotel, Bangi. Program UTeM Tech Pitch 2024 dianjurkan sebagai salah satu inisiatif strategik untuk mengukuhkan hubungan kolaborasi antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan pihak industri dan pelabur. Program ini bertujuan untuk menyediakan platform yang efektif bagi mempertemukan para penyelidik dengan industri serta pelabur berpotensi dalam usaha mengkomersilkan produk inovasi yang dihasilkan oleh UTeM.

Lebih menarik lagi 19 produk inovasi daripada penyelidik UTeM di’pitch’ kepada panel-panel daripada funder MDV, MTDC, MRANTI, syarikat AI Sdn Bhd dan UNVW Sdn Bhd yang turut menjadi panelis. Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa agen dan venture capital yang penting dalam pemangkin pengkomersilan.

Diharapkan input yang diperoleh sepanjang program ini dapat membantu para penyelidik bersedia menghadapi cabaran 2025, sekaligus menjadi pelopor dalam penubuhan syarikat startup atau spin-off, selaras dengan matlamat yang digariskan dalam MyRA.

Tarikh 22 November 2024 |Tarikh Keramat ini berlangsung majlis perasmian Makmal Aplikasi Rekabentuk Mekanikal (AMD), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi pensijilan MS ISO 17025 dari Jabatan Standard Malaysia..

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Rosli bin Abdullah; Timb. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama bersama YBrs. Encik Wan Rukiman bin Wan Mamat; Pengarah Akreditasi, Jabatan Standard Malaysia disaksikan oleh YBhg Naib Canselor UTeM..

Tarikh 23 November 2024 | UTeM Track & Field (UTF) 2024 – KASTURI Johan Keseluruhan.

Tahniah & syabas pasukan KASTURI gabungan daripada Pejabat TNCPI + CRIM + RICE + Penerbit Universiti + SMTC + FTKM berjaya menjuarai kejohanan keseluruhan UTeM Track & Field (UTF) 2024 dengan pungutan pingat emas terbanyak berjumlah 11 gold medal.. Terima kasih & syabas..!
Utk makluman, Olahragawati UTeM adalah daripada KASTURI yang dimenangi oleh Puan Anita Akmar Kamarolzaman (FTKM) berjaya memperolehi 3 pingat emas & 1 perak.. tahniah & syabas..!

Tarikh 16 Oktober 2024 | Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Malaysian Technical University Network (MTUN) bersama Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama beberapa rakan Industri telah berlangsung dengan jayanya seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Oktober 2024 (Rabu)
Tempat : Dewan Perdana, MIDA Sentral, Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi
Antara objektif penganjuran majlis ini adalah:
1) Meningkatkan penglibatan sektor industri dalam sistem pengajian tinggi melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran daripada industri.
2) Mengembangkan dan memperluaskan rangkaian kerjasama dengan rakan industri dalam bidang yang dipersetujui bersama universiti.
3) Mengukuhkan kerjasama berasaskan Work-Based Learning (WBL) dan penyelidikan antara universiti dan industri dengan menyediakan peluang untuk universiti terlibat dalam menyelesaikan masalah sebenar industri, yang akan memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.
Rakan industri UTeM yang hadir pada majlis ini adalah Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd., Petronas Lubricants International Sdn. Bhd. dan MRL Engineering Sdn.Bhd.
Majlis ini turut dihadiri oleh MTUN yang lain iaitu UTHM, UMPSA dan UniMAP serta rakan-rakan industri masing-masing.

Tarikh 19 September 2024 |Bengkel Penubuhan TiCoE MTUN telah berjaya diadakan bertempat di Bangi Resort Hotel. Penganjuran Bengkel Penubuhan TiCoE MTUN ini adalah berdasarkan objektif berikut:

i. Membincangkan hala tuju dan strategi penubuhan TiCoE MTUN secara komprehensif yang melibatkan semua ahli secara bersemuka.
ii. Memastikan semua aspek penting bagi penubuhan telah dijelaskan dengan baik dan mempunyai matlamat yang jelas.
iii. Memberikan ruang untuk pertukaran idea dan perkongsian ilmu bagi memantapkan penubuhan TiCoE MTUN.
Penubuhan Ti-CoE bertujuan bagi meneraju kerjasama strategik antara industri dan universiti berdasarkan penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan melalui pengkomersilan universiti serta membangunkan kapasiti dan kemahiran penyelidik yang mampu menyumbang kepada start-up dan design house.

Tarikh 15 Ogos 2024 | UTeM Terima Anugerah Universiti TVET Terbaik Malaysia

Keunggulan dan rangkaian kejayaan pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara yang telah dicapai Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah memartabatkan UTeM sebagai penerima Anugerah Universiti TVET Terbaik Malaysia (Kategori Universiti Awam).
Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud menerusi Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin di majlis Malaysia Education & TVET Awards (META) 2024 di salah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur, hari ini.
META 2024 adalah pengiktirafan berprestij anjuran Education + TVET Asia Publications bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan cemerlang dalam bidang pendidikan dan TVET di seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Dengan penganugerahan di META 2024 ini UTeM telah menerima sebuah trofi dan sijil penganugerahan atas kejayaan yang telah dicapai.
Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ir Dr Ghazali Omar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif, Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kelestarian Global), Prof Madya Mohd Rahimi Yusoff dan Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global, Hazman Hasib serta pengurusan tertinggi UTeM.

Tarikh 23 Julai 2024 | Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi – UTeM akan mengadakan Sesi Kesidang Pasukan TNC (P&I) yang bertemakan ‘Memperkasakan Penyelidikan Berimpak’ yang akan dilaksanakan dalam tiga sesi. Tujuan penganjuran program ini ialah untuk memberikan informasi kepada semua pensyarah UTeM mengenai maklumat aktiviti penyelidikan, pencapaian dan perancangan bagi pembangunan penyelidikan dan inovasi di UTeM.

Selain itu, program ini bermatlamat untuk memberi ruang dan peluang kepada pasukan Pejabat TNC (P&I) dan para penyelidik untuk berinteraksi dan berkongsi idea bagi meningkatkan pencapaian penyelidikan dan inovasi di UTeM.
Untuk makluman, program ini akan diadakan sebanyak tiga sesi iaitu:-
Sesi 1
Tarikh : 23 Julai 2024 (Selasa)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Fakulti: FTKE & FTKEK

Tarikh 5 Jun 2024 | ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & ANUGERAH SANJUNGAN UNIVERSITI 2023 UTeM

Penganugerahan APC yang akan diberikan bagi tahun 2023 merupakan satu ruang untuk meraikan mereka yang telah menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian yang baik dan amat membanggakan sepanjang tahun 2023. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 154 warga cemerlang UTeM yang berjaya menerima APC bagi tahun 2023 dan kita turut meraikan seramai 185 orang warga UTeM menerusi Anugerah Jasa Bakti (AJB) di atas kesetiaan berkhidmat sebagai penjawat awam selama 20 tahun dan ini merupakan jumlah teramai dalam sejarah UTeM.
Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada 4 orang staf Pejabat TNCPI dan semua penerima APC dan AJB bagi 2023.
Semoga Keluaraga UTeM terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan memberikan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Tarikh 10 Mei 2024 | Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dijayakan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tersebut merupakan sebuah program khas yang bertujuan menemukan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence – AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.

Program ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud untuk melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) WTC, Kuala Lumpur.


Tarikh 18 April 2024 | Salam Aidilfitri 1445H / 2024M | Maaf Zahir & Batin dari warga Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi – UTeM.. Semoga dengan kehadiran Syawal ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.

Taqaballahu minna wa minkum taqabbal ya Kareem..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
“Sementara itu sebelum staf pentadbiran bercuti untuk berhari raya, serahan buah tangan sempena hari raya telah diadakan.”

Tarikh 8 Mac 2024 | Mewakili YBhg. Datuk Naib Canselor UTeM bagi merasmikan Majlis Ambang Ramadhan 1445H Peringkat Universiti yang dimulai dengan tazkirah penceramah undangan oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamad dengan tajuk “Ramadan Bersediakah Aku..? 


Tarikh 29 Februari 2024 | Pejabat TNCPI berkesempatan menziarah Dr. Nidzamuddin bin Md. Yusof, staf Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka di rumahnya.. Sama² kita doakan moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat beliau dan kembali berkhidmat di UTeM sepeti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan.


Tarikh 13 Februari 2024 | “Kami Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi – UTeM mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina Tahun 2024 kepada semua.. terima kasih YBhg. Datuk Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin dapat meluangkan masa berkesempatan bergambar bersama kami..”


Tarikh 6 Februari 2024 | Projek CSR UTeM bersama IPD Tangkak dan Top Empire Sdn. Bhd. dalam penyediaan papan tanda SJR yang mempunyai ‘high visibility’ dengan penggunaan lampu LED serta perkataan dari bahan reflective.


Tarikh 26 Januari 2024 | Dewan Canselor UTeM

YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin Naib Canselor UTeM telah selesai menyampaikan Amanat Naib Canselor 2024 buat Kelurga UTeM yang bertemakan MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN MENGGAPAI KE LANGIT, BERPIJAK DI BUMI. Pejabat TNCPI berjaya merangkul tempat-3 Anugerah Sudut Lestari SDG UTeM.

Tarikh 24 Januari 2024 | “YBrs. TNCPI dan pasukan Pejabat TNCPI telah berkesempatan membuat lawatan ke Kilang SunPower Malaysia Manufacturing (Maxeon) Sdn. Bhd. yang terletak di Melaka World Solar Valley, Alor Gajah Melaka.


Tarikh 16 Januari 2024 | Majlis perasmian TVET Place & Train UTeM@KPT telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

Foto Program TNCPI 2023


Tarikh 19 Disember 2023 : Lawatan kerja TNCPI ke Advanced Energy Industries (Malaysia) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang.


Tarikh 15 hingga 17 Disember 2023 : Bengkel Dalaman Hala Tuju UTeM bagi tahun 2023 yang telah diadakan di Geo Resort & Hotel Genting Highlands, Pahang.


Tarikh 14 Disember 2023 : UTeM Bersolidariti Bersama Palestin di Masjidil Saidina Abu Bakar, Kampus Induk, UTeM.


Tarikh 3 dan 4 Disember 2023 : Lawatan kerja UTeM ke Fenglongwan Limited Company di Yunnan, China.


Tarikh 26 dan 27 November 2023 : Bengkel Retreat Pelan Strategik Pejabat TNCPI 2023 di KBS Village Resort Kuala Sungai Baru, Melaka.


Tarikh 20 November 2023 : Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Penyelidikan dan Inovasi (JKTSPI) Bil.10 2023 diadakan di Perpustakaan Laman Hikmah (PLH).


Tarikh 15 November 2023 : Mengimarahkan Program Wear Green For Palestine dalam menyahut solidariti buat saudara-saudara kita di Palestin.


Tarikh 16 Ogos 2023 : MoU For Academic Collaboration UTeM Bersama Nexperia


Tarikh 14 Ogos 2023 : Kunjungan Hormat Mindanao State University Tawi-Tawi Collage of Technology and Oceanography Philippines ke UTeM


Tarikh 10 Ogos 2023 : Penerima anugerah dari staf Pejabat TNCPI di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) & Anugerah Jasa Bakti (AJB) Bagi Tahun 2023


Tarikh 3 Julai 2023 : Bengkel Penstrukturan Semula Pusat Kecemerlangan Di Bawah Pejabat TNCPI di AMES Hotel Melaka


Tarikh 14 Jun 2023 : Majlis Penghargaan MyRA 2022


Tarikh 6 Jun 2023 : Majlis MoU Antara UTeM dan Hadhramout University Yemen


Tarikh 19 Mei 2023 : Lawatan Kerja Program Kelestarian eBeca Terengganu ke UTeM


Tarikh 11 hingga 13 Mei 2023 : International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2023 yang diadakan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


Tarikh 4 April 2023 : Majlis Iftar Ramadhan 1445H Pejabat TNCPI Tahun 2023 di Masjid Saidina Abu Bakar, UTeM.


Tarikh 21 Mac 2023 : Majlis Penghargaan Pn. Hajjah Nuraida binti Ismail yang berpindah ke Pusat Tanggungjawab (PTj) Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).


Tarikh 16 hingga 18 Mac 2023 : Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 yang diadakan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


Tarikh 1 Mac 2023 : Majlis Penyampaian Surat Lantikan Pentadbir RG 2023-2025.


Tarikh 7 Februari 2023 : Sesi Libat Urus Penyelidikan Tun Canselor Bersama UTeM.


Tarikh 3 Februari 2023 : Bengkel Pemohonan Penarafan WoS-ESCI


Tarikh 3 Februari 2023 : Kunjung Hormat dari Pengurusan Ames Hotel Ayer Keroh ke Teaching Factory & AMIC


Tarikh 1 Februari 2023 : Perbincangan Berkaitan Cadangan Kolaborasi Bersama Nexperia


Tarikh 1 Januari 2023 : Perbincangan (Analisis Kegagalan) Syarikat Onsemi Senawang Bersama UTeM