UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara
UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara
UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara
MELAKA, 20 September: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan Sistem Fertigasi Internet of Thing (IoT) bantu tingkatkan keberkesanan sistem pembajaan dan hasil tanaman sektor agromakanan negara.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, Sistem Fertigasi IoT ini dapat membantu golongan petani untuk memantau data asas pertanian dan mengawal proses pembajaan secara dalam talian melalui komputer atau telefon pintar sahaja.
Jelas beliau, sistem ini memberikan impak besar buat sektor agro dalam negara kerana ianya sangat membantu dan menjimatkan masa bagi pengurusan dan pengendalian kebun atau ladang.
“Kejayaan UTeM membangunkan sistem ini sama seperti membawa teknologi moden ke dalam sektor agromakanan negara serta bertindak sebagai pemangkin kebolehcapaian Dasar Agromakanan Negara 2.0,” katanya dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.
Projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Fertigasi IoT ini dibangunkan oleh Ketua Penyelidik yang merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Dr. Fakrulradzi Idris bersama Ir. Dr. Anas Abdul Latiff yang juga pensyarah FKEKK serta berperanan sebagai Pengurus Projek ini dan Pembantu Penyelidik Siswazah FKEKK, Muhammad Amirul Buntat.
Menyentuh mengenai penyelidikan pembangunan sistem Fertigasi IoT ini, Dr. Fakrulradzi menyatakan kerja penyelidikan projek ini bermula sejak akhir 2019 sehingga kini dan ianya merangkumi 3 fasa pengujian bagi menguji kemampanan Sistem Fertigasi IoT ini.
“Pengujian fasa 1 bermula dari Disember 2020 hingga Mei 2021 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman terung mini berjumlah 120 beg poli.
“Pengujian fasa 2 pula melibatkan keberkesan sistem untuk komuniti luar dan projek ini bermula dari Jun 2021 sehingga Disember 2021 di Kebun Komuniti Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh, Melaka milik TTU Agro Farm melibatkan penanaman 500 beg poli cili centil dan cili kulai.
“Sementara itu, pengujian fasa 3 bermula dari Ogos 2021 sehingga Januari 2022 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman rockmelon dan timun kecil berjumlah 90 beg poli,” ujarnya.
Mengupas mengenai tahap keberkesanan pelaksanaan Sistem Fertigasi IoT ini, Dr Fakrulradzi berkata, berdasarkan pengujian untuk fasa 1 dan fasa 2 menampakkan pengurangan penjimatan penggunaan baja sebanyak 30% manakala hasil tuaian pula lebih daripada kadar biasa dan tempoh penanaman pula berjaya disingkatkan.
Ujarnya, projek ini dibiayai oleh UTeM menerusi Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) program 2020 mengambil masa pembangunan sistem ini dalam tempoh 15 bulan.
Mengulas tentang penyelidikan ini jelas menzahirkan UTeM bukan hanya menzahirkan semarak penyelidikan yang berteraskan teknologi semasa selari Revolusi Industri 4.0 malahan ianya memberikan impak langsung kepada komuniti dan industri selari dengan hasrat nasional.
“Teknologi yang dibangunkan ini adalah setanding dengan teknologi dunia sekaligus melonjakkan nama Malaysia menjadi negara yang mencipta teknologi dan bukan lagi bersandarkan kepada senario pengguna teknologi semata-mata,” ujarnya lagi.
sumber : News@UTeM
Lihat Berita Lain
-
Tabung Endowmen Penyelidikan UTeM
Penubuhan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini juga dapat membantu serta mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan …. selanjutnya
-
Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan… selanjutnya
Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022
Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022
Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my.
Lihat Berita Lain
-
TABUNG ENDOWMEN PENYELIDIKAN UTEM
Penubuhan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini juga dapat membantu serta mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan …. selanjutnya
-
UTEM BANGUNKAN SISTEM FERTIGASI IOT BANTU TINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PEMBAJAAN DAN HASIL TANAMAN SEKTOR AGROMAKANAN NEGARA
MELAKA, 20 September: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan…selanjutnya
Maklumat lanjut berkenaan permohonan Skim Geran FRGS dan PRGS telah diemelkan kepada semua staf akademik UTeM.
Perjumpaan Penulis UTeM Write-up of Smart Melaka Blue Print 2035 bersama Malaysian Industry-Government Groupfor High Technology (MIGHT) (6-1-2022)
Perjumpaan Penulis UTeM
-
271522507_3153994351537197_9055027785577989635_n
-
271595687_3153994268203872_7042996714823079053_n
-
271489880_3153994094870556_1587031975067406548_n
-
271444374_3153993898203909_3500494078599765387_n
Misi Bantuan Banjir Bersama Sukarelawan Staf Dan Studen UTeM
Misi Bantuan Banjir Bersama Sukarelawan Staf Dan Studen UTeM
Misi Bantuan Banjir Bersama Sukarelawan Staf Dan Studen UTeM Di Daerah Kampung Tanjung Kerayung, Temerloh Pahang pada 3 Januari 2022.
Program “MTUN Connect : Talk On Where Inventors Meet Inventors”
AKTIVITI
-
Tajuk
Program “MTUN Connect : Talk On Where Inventors Meet Inventors”
-
Tarikh
4 Ogos 2017
-
Lokasi
Dewan Auditorium, Bangunan Canselori
Perasmian program “MTUN Connect : Talk On Where Inventors Meet Inventors” yang telah diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Canselori.
Seminar ‘Research & Commercialization In The 4.0 Industrial Revolution Era’
AKTIVITI
-
Tajuk
Seminar ‘Research & Commercialization In The 4.0 Industrial Revolution Era’
-
Tarikh
1 Ogos 2017
-
Lokasi
Dewan Auditorium, Bangunan Canselori
Berlangsung seminar ‘Research & Commercialization In The 4.0 Industrial Revolution Era’ bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Canselori
Program Riadah Santai Bersama TNCPI
AKTIVITI
-
Tajuk
Program Riadah Santai Bersama TNCPI
-
Tarikh
27 Julai 2017
-
Lokasi
Melaka International Bowling Center
Bersama warga Pejabat TNCPI beriadah dalam perlawanan bowling Program Riadah Santai Bersama TNCPI.. Terima kasih buat mereka yang hadir
Sesi temubual bersama team dari News Strait Times
AKTIVITI
-
Tajuk
Sesi temubual bersama team dari News Strait Times
-
Tarikh
25 Julai 2017
-
Lokasi
Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi
Sesi temubual sedang berlangsung bersama wakil New Straits Times. Temubual berkaitan perkembangan penyelidikan UTeM, cabaran yang mendatang serta persediaan UTeM dalam mendepani gelombang 4th Industrial Revolution.