Skip to main content
06-2701013   [email protected]

Author: tncpi

UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara

UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara

UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara

 


MELAKA, 20 September: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan Sistem Fertigasi Internet of Thing (IoT) bantu tingkatkan keberkesanan sistem pembajaan dan hasil tanaman sektor agromakanan negara.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, Sistem Fertigasi IoT ini dapat membantu golongan petani untuk memantau data asas pertanian dan mengawal proses pembajaan secara dalam talian melalui komputer atau telefon pintar sahaja.

Jelas beliau, sistem ini memberikan impak besar buat sektor agro dalam negara kerana ianya sangat membantu dan menjimatkan masa bagi pengurusan dan pengendalian kebun atau ladang.

“Kejayaan UTeM membangunkan sistem ini sama seperti membawa teknologi moden ke dalam sektor agromakanan negara serta bertindak sebagai pemangkin kebolehcapaian Dasar Agromakanan Negara 2.0,” katanya dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.

Projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Fertigasi IoT ini dibangunkan oleh Ketua Penyelidik yang merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Dr. Fakrulradzi Idris bersama Ir. Dr. Anas Abdul Latiff yang juga pensyarah FKEKK serta berperanan sebagai Pengurus Projek ini dan Pembantu Penyelidik Siswazah FKEKK, Muhammad Amirul Buntat.

Menyentuh mengenai penyelidikan pembangunan sistem Fertigasi IoT ini, Dr. Fakrulradzi menyatakan kerja penyelidikan projek ini bermula sejak akhir 2019 sehingga kini dan ianya merangkumi 3 fasa pengujian bagi menguji kemampanan Sistem Fertigasi IoT ini.

“Pengujian fasa 1 bermula dari Disember 2020 hingga Mei 2021 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman terung mini berjumlah 120 beg poli.

“Pengujian fasa 2 pula melibatkan keberkesan sistem untuk komuniti luar dan projek ini bermula dari Jun 2021 sehingga Disember 2021 di Kebun Komuniti Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh, Melaka milik TTU Agro Farm melibatkan penanaman 500 beg poli cili centil dan cili kulai.

“Sementara itu, pengujian fasa 3 bermula dari Ogos 2021 sehingga Januari 2022 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman rockmelon dan timun kecil berjumlah 90 beg poli,” ujarnya.

Mengupas mengenai tahap keberkesanan pelaksanaan Sistem Fertigasi IoT ini, Dr Fakrulradzi berkata, berdasarkan pengujian untuk fasa 1 dan fasa 2 menampakkan pengurangan penjimatan penggunaan baja sebanyak 30% manakala hasil tuaian pula lebih daripada kadar biasa dan tempoh penanaman pula berjaya disingkatkan.

Ujarnya, projek ini dibiayai oleh UTeM menerusi Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) program 2020 mengambil masa pembangunan sistem ini dalam tempoh 15 bulan.

Mengulas tentang penyelidikan ini jelas menzahirkan UTeM bukan hanya menzahirkan semarak penyelidikan yang berteraskan teknologi semasa selari Revolusi Industri 4.0 malahan ianya memberikan impak langsung kepada komuniti dan industri selari dengan hasrat nasional.

“Teknologi yang dibangunkan ini adalah setanding dengan teknologi dunia sekaligus melonjakkan nama Malaysia menjadi negara yang mencipta teknologi dan bukan lagi bersandarkan kepada senario pengguna teknologi semata-mata,” ujarnya lagi.

sumber : News@UTeM

Continue Reading

Lihat Berita Lain

  • Tabung Endowmen Penyelidikan UTeM

    Penubuhan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini juga dapat membantu serta mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan …. selanjutnya

  • Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022

    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan… selanjutnya

Continue reading

Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022

Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta) mulai 20 Disember 2021.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my. 

Lihat Berita Lain

  • TABUNG ENDOWMEN PENYELIDIKAN UTEM

    Penubuhan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini juga dapat membantu serta mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan …. selanjutnya

  • UTEM BANGUNKAN SISTEM FERTIGASI IOT BANTU TINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PEMBAJAAN DAN HASIL TANAMAN SEKTOR AGROMAKANAN NEGARA

    MELAKA, 20 September: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan…selanjutnya

Maklumat lanjut berkenaan permohonan Skim Geran FRGS dan PRGS telah diemelkan kepada semua staf akademik UTeM.

Continue reading

Perjumpaan Penulis UTeM Write-up of Smart Melaka Blue Print 2035 bersama Malaysian Industry-Government Groupfor High Technology (MIGHT) (6-1-2022)

Perjumpaan Penulis UTeM

Perjumpaan Penulis UTeM Write-up of Smart Melaka Blue Print 2035 bersama Malaysian Industry-Government Group
for High Technology (MIGHT) pada 6 Januari 2022 (Khamis).

Senarai aktiviti

  • 271522507_3153994351537197_9055027785577989635_n

  • 271595687_3153994268203872_7042996714823079053_n

  • 271489880_3153994094870556_1587031975067406548_n

  • 271444374_3153993898203909_3500494078599765387_n

Continue reading

Program “MTUN Connect : Talk On Where Inventors Meet Inventors”

AKTIVITI

  • Tajuk

                                  Program “MTUN Connect : Talk On Where Inventors Meet Inventors”

  • Tarikh

                                  4 Ogos 2017

  • Lokasi

                                Dewan Auditorium, Bangunan Canselori

Perasmian program “MTUN Connect : Talk On Where Inventors Meet Inventors” yang telah diadakan di Dewan Auditorium, Bangunan Canselori.

Continue reading

Seminar ‘Research & Commercialization In The 4.0 Industrial Revolution Era’

AKTIVITI

  • Tajuk

                                  Seminar ‘Research & Commercialization In The 4.0 Industrial Revolution Era’

  • Tarikh

                                  1 Ogos 2017

  • Lokasi

                                Dewan Auditorium, Bangunan Canselori

Berlangsung seminar ‘Research & Commercialization In The 4.0 Industrial Revolution Era’ bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Canselori

Continue reading

Program Riadah Santai Bersama TNCPI

AKTIVITI

  • Tajuk

                                  Program Riadah Santai Bersama TNCPI

  • Tarikh

                                  27 Julai 2017

  • Lokasi

                                Melaka International Bowling Center

Bersama warga Pejabat TNCPI beriadah dalam perlawanan bowling Program Riadah Santai Bersama TNCPI.. Terima kasih buat mereka yang hadir

Continue reading

Sesi temubual bersama team dari News Strait Times

AKTIVITI

  • Tajuk

                                  Sesi temubual bersama team dari News Strait Times

  • Tarikh

                                  25 Julai 2017

  • Lokasi

                                 Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi

Sesi temubual sedang berlangsung bersama wakil New Straits Times. Temubual berkaitan perkembangan penyelidikan UTeM, cabaran yang mendatang serta persediaan UTeM dalam mendepani gelombang 4th Industrial Revolution.

Continue reading