Skip to main content
06-2701013   [email protected]

Latar Belakang

Selamat Datang ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) adalah selaras dengan penubuhan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah Seksyen 20 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi Perintah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (Perbadanan 2001) yang diwartakan sebagai P.U (A) 124 pada 3 Mei 2001. Penubuhan ini telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2000. Dahulunya,nama  jawatan Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) digunakan selaras dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) sehinggalah KUTKM melalui proses penjenamaan semula nama dari KUTKM kepada UTeM pada 1 Februari 2007 sejajar dengan penjenamaan semula nama semua Kolej Universiti IPTA. Semenjak itu, nama jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah digunapakai sehingga kini.

Sepanjang tempoh tersebut, Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang dilantik adalah seperti berikut:

Nama Jawatan Tempoh Pelantikan
YBhg. Professor Dr. Hj. Azhari bin Saleh Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) 1 Februari 2001 – 31 Januari 2004
YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat) 15 Oktober 2004-14 Oktober 2007
YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Februari 2007-14 Oktober 2007
YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 15 Oktober 2007-31 Januari 2010
YBhg. Profesor Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 15 Januari 2010 – 14 Januari 2013
YBhg. Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd. Jailani bin Mohd. Nor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Januari 2012 – 31 Disember 2014
YBhg. Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd. Jailani bin Mohd. Nor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Januari 2015 – 30 Jun 2018
YBhg. Profesor Dato’ Dr. Abu bin Abdullah Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Julai 2018 – 14 November 2018
YBhg. Profesor Dr. Mohd. Zulkifilie bin Ibrahim Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 15 November 2018 – 30 September 2020
YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Ghazali bin Omar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) 1 Oktober 2020 – 8 Januari 2025

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mempunyai dua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan dua Pihak Berkuasa Universiti (PBU) bernaung di bawahnya yang diketuai oleh seorang Pengarah bagi setiap pejabat iaitu;

  1. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)
  2. Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE)
  3. Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar (SMTC)
  4. Penerbit Universiti