Skip to main content
06-2701013   [email protected]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam laman web ini. Terima kasih UTeM memberikan kepercayaan kepada saya menggalas tanggungjawab yang besar menyambung legasi penyelidikan dan inovasi di UTeM di samping tugas hakiki saya sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Tanggungjawab ini tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan dan sokongan daripada semua pihak tertamanya daripada rakan-rakan di Pejabat TNCPI ini dengan atas daya usaha yang dilakukan sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini Universiti.

Saya berharap laman web ini menjadi salah satu wadah atau pun platform untuk menghubungkan seluruh warga Universiti dan juga menjadi media penyalur maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengikuti dan melihat sendiri perkembangan aktiviti penyelidikan dan inovasi bermula daripada aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (Research, Development & Commercialization) hasil penyelidikan.

Sesungguhnya dengan adanya laman web ini, Universiti telah melangkah setapak kehadapan untuk terus bersaing dan berjuang bersama-sama dalam arus teknologi maklumat ini. Kepentingan laman ini tidak dapat disangkal kerana ia merupakan salah satu medium komunikasi masa kini. Sehubungan dengan itu, kewujudannya diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan warga Universiti khususnya untuk maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi. Bagi menjayakan dan menguruskan hal ehwal berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah ditubuhkan seiringan dengan kewujudan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE). Ini juga termasuk di bawah rangkaian TNCPI iaitu Pusat Pembuatan & Teknologi Pintar (SMTC) dan Penerbit Universiti yang bersama-sama melestarikan penerbitan, penyelidikan dan inovasi di UTeM.

Akhir kata, saya mengalu-alukan kepada semua warga UTeM memberi sebarang maklumbalas kepada kami supaya laman web ini akan lebih interaktif dan berinformasi.

Sekian, wassalam

Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN”
“MENJAJAR UNIVERSITI MELONJAK KE HADAPAN”

YBRS. PROFESOR DR. ZAHRILADHA BIN ZAKARIA
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

17 Mac 2025/ 16 Ramadan 1446H